Saturday, June 26, 2010

CNI Permata Suri


PERMATA SURI


PENGENALAN

Wanita pada zaman moden ini sibuk dengan kerjaya masing-masing dan cuba dengan sedaya upaya untuk menyeimbangkan antara kerjaya dan kehidupan rumahtangga. Justeru itu, ramai wanita yang mengalami cabaran untuk mengekalkan kesihatan dan sering menghadapi masalah PMS, senggugut, keletihan dan sebagainya.

Permata Suri ialah satu produk yang ditingkatkan kualitinya untuk membantu kaum hawa mengekalkan kesihatan dan mencari kepuasan dalam kehidupan. Produk ini diperbuat daripada herba dan membantu kaum wanita untuk mencari kepuasan hidup, kejelitaan dan kecergasan terutamanya dalam kehidupan rumahtangga. 9 kandungan utama Permata Suri ialah manjakani, kurma, madu, sireh, halban, jintan hitam, jarum emas, kacip fatimah dan akar serapat. Di samping itu, Permata Suri juga diperkayakan dengan vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12 dan C serta zat besi dan kalsium. Secara keseluruhannya, Permata Suri dapat memberikan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk mencapai kehidupan yang sihat dan bahagia.

KANDUNGAN

1.) Manjakani

· Tanin - mengecutkan otot bahagian faraj dan menegangkan otot

· Mengawal rembesan lendir - mengawal keputihan

· Melambatkan proses penuaan

· Anti bakteria dan kulat - hilangkan bau yang tidak enak

2.) Jarum Emas

· Anti radang - memulihkan luka, bengkak pada faraj dan bibir faraj selepas hubungan kelamin

· Tonik perut - Bantu penghadaman dan penyerapan nutrien dan pembuangan toksin

· Pelancaran kitaran haid

3.) Daun Sireh

· Anti bakteria dan anti kulat - mengharumkan

· Pembuangan angin

4.) Jintan Hitam

· Merangsang sistem imun

· Mencerdaskan minda

· Melancarkan peredaran darah

· Membuang angin kotor

5.) Halban

· Merangsang penghasilan hormon wanita - membantu dalam kitaran haid

· Melancarkan sistem peredaran darah

· Menguatkan otot dan sendi

6.) Kacip Fatimah

· Mengurangkan masalah PMS dan haid

· Menegang dan mengecutkan otot

· Membantu dalam masalah / penyakit kelamin

7.) Akar Serapat

· Kuasa pemulihan luka / tenaga

· Menegangkan otot

8.) Kurma

· Kandungan nutrien yang tinggi - meningkatkan kadar metabolisme

· Bekalan tenaga serta merta

· Kaya dengan serat

9.) Madu lebah

· Bekalan tenaga fizikal serata merta

· Kandungan nutrien yang tinggi - kesihatan kulit dan peredaran darah

FUNGSI

- Menegang dan mengecutkan otot di bahagian faraj, perut dan payu dara

- Mengeratkan hubungan kelamin

- Mengurangkan masalah keputihan, kegatalan dan bau yang tidak diingini

- Meningkatkan keinginan terhadap aktiviti seksual pada kaum wanita yang telah berkahwin

- Mengatasi masalah bau badan

- Pembuangan toksin dan angin kotor tubuh

- Melancarkan kitaran haid dan mengurangkan masalah yang berkaitan dengan haid seperti PMS dan senggugut.
- Membantu dalam proses penyembuhan luka

- Meningkatkan sistem imun untuk mengelakkan jangkitan

- Melancarkan peredaran darah

- Penbentukan bentuk badan yang sempurna

- Meningkatkan kecerdasan dan kecergasan

Simptom-simptom yang mungkin hadir pada peringkat permulaan pengambilan
- Badan terasa panas (selepas 30-45 minit pengambilan)

- Untuk pesakit asma, jantung akan terasa berdebar-debar selepas pengambilan

- Buasir menjadi kecut dan kelihatan pengeluaran lebihan darah semasa pembuangan air besar

- Badan terasa ringgan

- Bertenaga dan tidak letih

- Bau urin tengik pada permulaan dan menyenangkan selepas 3 hari pengambilan

- Urin menjadi kekuningan dan berbuih (selepas 36 jam)

Perhatian
1. Tidak sesuai untuk wanita hamil dan kedatangan haid
2. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan cepat, elakkan daripada hubungan kelamin semasa 3 hari pertama pengambilan
3. Banyakkan minum air sepanjang pengambilan produk ini
4. Lelaki dinasihatkan supaya tidak mengambil produk ini
5. Simpan di peti sejuk selepas dibuka

Cara Hidangan

Minum 2 sudu besar dengan segelas air, 2 kali sehari




p/s: sa cuba luk laa...heheh~~ ^___^


2 comments:

Elly Eleanor said...

waaa....lau brkesan...bg tau sy ahhh..

MJ said...

sedang try nie~~~ hehehe~~~ rasa jus madu~~ sedap :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...